Followers


Tuesday, July 20, 2010

Tips : Menghilangkan Rasa Gemuruh Semasa Menyanyi

Salam..

Tentu ramai diantara kita mengalami masalah ini apabila berdepan dengan audience lebih-lebih lagi bila disiarkan Live! Melalui televisyen, malah ada jugak diantara kita yang agak nervous walaupun hanya menyanyi didepan kaum keluarga.

Tahap gemuruh setiap orang berbeza,tapi cara nak mengatasinya adalah senang jer... Ikut pengalaman saya,saya akan jadikan stage tu macam bilik saya dan tak ada sesiapapun di hadapan saya(dengan suluhan lampu yang terang.. memang saya tak nampak audience pun) dan apabila muzik jalan jer that's it!! Segala nervous saya hilang...

Bagaimana tetiba jer boleh hilang? Cuba bayangkan anda seorang diri dalam bilik sunyi sepi dan anda gemuruh dan perasaan gemuruh anda itu tadi sentiasa menghantui anda,tapi bila anda berada dikawasan yang ramai orang secara otomatik keriuhan dan suasana bising tadi akan menluputkan ingatan anda kepada perasaan gemuruh anda.

Jadi kesimpulan disini adalah biarkan diri anda dihanyutkan dalam irama muzik dan melodi yang akan anda sampaikan nanti,Insyaallah anda akan enjoy dalam setiap persembahan anda.

Lain-lain tip, anda boleh cuba minum teh camomile sebelum memulakan persembahan kerana teh cammomile ini memang terkenal dengan aroma teh yang menenangkan minda.

Anda juga boleh melakukan benda-benda atau perkara yang boleh menenangkan anda, saya ambil contoh penyanyi Mariah Carey,beliau memastikan anjingnya dibawa setiap kali sebelum dia memulakan persembahan,kerana dia akan bermain dengan anjingnya terlebih dahulu bagi menghilangkan gemuruh, manakala penyanyi dari kumpulan Pink Floyd pula akan menggosok bajunya bagi menghilangkan gemuruhnya.. Pelik bukan!Mungkin anda ada cara anda tersendiri..cuba tanya diri anda,bagaimana pula agaknya?? Selamat Mencuba!

[Sumber: Abg Zarul Umbrella]

4 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

uncle kalau gemuruh, habis parkinson pun mai...tatau camnelah mau get rid perasaan tu...ekeke :D

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

hahaha..kene mkn ubat parkinson tu..

syaf said...

kalau kite lempang org yg lalu lalang depan kite untuk ilangkan nerves pown care gak kan

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

syaf:
:)
tetiba tapak tgn ni rs cam nk singgah kt pipi ko..bleh tak?
hahaha..