Followers


Wednesday, July 21, 2010

Tips: Pernafasan Dalam Nyanyian

Salam..

Penting untuk menyedari bahawa pernafasan yang betul adalah persediaan asas untuk menyanyi dengan bagus. Penyanyi yang bagus mampu mengawal sepenuhnya pernafasan mereka ketika membuat persembahan.

Penyanyi perlu belajar bagaimana untuk mengetahui tentang pernafasan mereka pada setiap masa kerana ia memberi kesan kepada nada dan kualiti suara mereka, kemampuan untuk mencapai julat pic yang diperlukan dan kemahiran mengawal not untuk tempoh masa yang lama.

Seluruh pernafasan sama ada secara sedar atau tidak sedar adalah dilakukan menerusi diafragma. Udara tidak boleh bergerak melalui paru-paru tanpa bantuan dari diafragma. Otot berbentuk-kubah ini terletak melintang bahagian bawah tulang selangka dan untuk menggunakannya, perlu mengisi dinding abdomen dengan udara. Apabila kita tidak menggunakan otot ini dengan keupayaan sepenuhnya, ia menghalang suara daripada menghasilkan gelembung yang perlu untuk menghasilkan resonan yang sewajarnya.

Sekiranya anda terus menyanyi tanpa keupayaan paru-paru yang sewajarnya, ia boleh menyebabkan nyanyian anda tersasar dari nada, membataskan julat suara anda dan merosakkan pita suara anda.

Penafasan yang betul daripada diafragma memerlukan latihan sehingga ia menjadi tabiat. Dengan cara pernafasan begini, anda bukan sahaja akan cemerlang dalam kebolehan menyanyi, anda juga akan mengekalkan kesihatan anda sendiri. Pernafasan yang betul membantu untuk menghapuskan karbon dioksida dari tubuh kita dan mengambil oksigen secukupnya memberi faedah kepada keseluruhan organ dalaman.

Anda perlu belajar untuk menarik nafas dan menggunakan paru-paru dengan keupayaan sepenuhnya dan juga mengetahui bagaimana untuk mengambil nafas yang bagus dengan cepat dan anda mesti mengekalkan kawalan terhadap berapa dengan cepat udara dihembus keluar.

Anda boleh mula belajar teknik pernafasan yang betul dengan mengamalkan senaman mudah ini:

Mulakan dengan berbaring di atas belakang anda dan meletakkan sebuah buku besar di bahagian tengah abdomen anda. Kemudian anda amik nafas dalam-dalam dan jika dilakukan dengan betul, anda sepatutnya melihat buku tersebut naik. Tahan untuk tiga saat sebelum dilepaskan. Kemudiannya dihembus keluar dengan perlahan-lahan, perhatikan yang buku turun mengikut abdomen anda.

Amalkan senaman ini setiap hari sehingga stail pernafasan ini menjadi sifat semula jadi dan anda akan menjadi lebih bagus di dalam cara pernafasan yang betul dan menghasilkan nyanyian yang hebat.

[Sumber: Zarul Umbrella]

No comments: