Followers


Thursday, November 25, 2010

Lirik: Seandainya (Sani)

Sani

Pertama kali aku melihatmu
Ternyata hatiku rasakan sesuatu
Di saat hampa melanda diriku
Kau sentiasa ada di sisiku ini

Kasih… apakah ertinya
Bila kau tak jadi kekasih
Andainya aku yang kau cintai
Pasti naluri cinta terpatri untukmu

Andainya ku bisa mendampingmu
Pasti dunia ini bercahaya bersamamu…
Hu… hu…
Ooo… ooo.. Yeah…

Kasih… apakah ertinya
Bila kau tak jadi kekasih
Andainya aku yang kau cintai
Pasti naluri cinta terpatri untukmu

Andainya ku bisa mendampingmu
Pasti dunia ini bercahaya…
Ooh.. Ooh..
Bercahaya… bersamamu…
Bersamamu…


(Cover Version By Azim)

Saturday, November 20, 2010

Lirik: Andai Bisa Kau Rasa (Hazami)

Dulu tiada terlihat
Ku sangka indah cuma
Kata manis ku agungkan
Keikhlasan cuma bebanan

Hati telah dikaburi
Yang mana kaca permata
Hanya dia yang tahu
Tangisan disebalik senyuman

Bridge:
Rahmatilah setiap langkahku
Agar selalu
Dekat padamu

Chorus:
Andai bisa kau rasa
Duka ku tampung dugaan
Segala yang terdaya
Demi impian
Aku teruskan
Diring doa

Walau dibisik ragu
Biar apa pun menghalang
Ku akan setia melagu
Ku tetap kan merawat rindumu

(ikrar)
Datanglah jati sakti
Kuatkan jiwaku ‘tuk berdiri
Mengharung segala
Ranjau berduri anak seni

Photobucket

Saturday, November 13, 2010

Petikan Sedekad Hazami - Hadiah Buat Peminat Beliau..

Photobucket

Buat peminat-peminat HAZAMI yang sering memberikan sokongan dan menantikan perkembangan terbaru dari beliau, inilah peluang anda untuk mendapatkan album terbaru dari beliau yang berjudul Petikan Sedekad Hazami. Album yang baru saja memasuki pasaran pada 8 November 2010 lalu, mengandungi 13 buah track yang merupakan koleksi lagu-lagu terbaik Hazami sejak awal penglibatan beliau dalam industri muzik tanah air. Lagu-lagu tersebut telah diolah semula dengan susunan muzik yang lebih segar & menenangkan menggunakan “instrument” seperti violin, cello dan contrabass serta gabungan suara latar dari Hazami sendiri yang menghasilkan impak yang cukup hebat dan tersendiri.


Selain itu, kelainan yang ditampilkan dalam album ini juga adalah apabila Hazami turut menyertakan 2 buah track istimewa lagu beliau di dalam bentuk Koir Akapella. 2 buah lagu yang dinyanyikan secara koir tersebut ialah Kata Cinta Madah Dusta 2010 (Choir) dan Tekad 2010 (Choir). Disamping itu, turut disertakan juga di dalam album tersebut ialah 5 buah minus one dalam susunan muzik yang baru tersebut sebagai hadiah buat peminat beliau.




Hazami bukan sahaja terkenal sebagai penyanyi yang mempunyai mutu vokal yang hebat, beliau turut dikenali sebagai komposer dan penulis lirik yg disegani. Maka, tidak hairanlah apabila kebanyakkan lagu didalam album ini merupakan ciptaan beliau sendiri. Disamping itu juga, dari 13 buah track yang terdapat di dalam album tersebut, terselit juga sebuah lagu baru ciptaan sepenuhnya oleh Hazami yang berjudul Andai Bisa Ku Rasa. Ia sebuah lagu balada yang dicipta mengikut identiti muzik Hazami dan mampu membuai perasaan para pendengar.


Track yg terdapat di dalam album Petikan Sedekad Hazami ini adalah:

  • Tekad2010
  • Tabah2010
  • Ku cinta padamu2010
  • Mungkir bahagia2010
  • Kata cinta madah dusta2010
  • Andai bisa kau rasa(a new song),
  • Kata cinta madah dusta2010 choir version
  • Tekad2010 choir a cappella version
  • Tekad2010 minus one
  • Tabah2010 minus one
  • Ku cinta padamu2010 minus one
  • Mungkir bahagia2010 minus one
  • Kata cinta madah dusta2010 minus one


Buah tangan terbaru dari penyanyi, produser, komposer dan penulis lirik yang hebat ini juga merupakan sebuah biografi kehidupan beliau sendiri kerana disamping menghidangkan lagu-lagu hebat dari beliau, album ini turut disertakan dengan booklet yang mengandungi lakaran kisah kehidupan Hazami dan cerita disebalik terciptanya setiap lagu-lagu di dalam album tersebut. Melalui puisi-puisi yang dilakarkan di dalam booklet tersebut, secara tidak langsung, ia turut mengajak pendengar untuk merasai saat bahagia & duka yang pernah dilalui oleh penyanyi hebat tanah air ini.


Secara jujurnya, saya amat tersentuh saat mendengar lagu Tekad 2010 & Ku Cinta Padamu 2010 sambil membaca puisi puitis karya Hazami sendiri di dalam booklet tersebut. Dan secara tidak langsung, saya dapat mengenali dan mengetahui serba sedikit kisah disebalik penciptaan lagu-lagu tersebut dan kaitannya dalam kehidupan yang dilalui oleh Hazami sendiri. Dan oleh sebab itu, ia menjadi sumber inspirasi untuk saya terus kuat dalam meneruskan perjuangan hidup agar tidak mudah mengalah ketika menghadapi sebarang rintangan dan dugaan.


Jadi, buat peminat-peminat pemenang Anugerah Vokal Lelaki Terbaik AIM 17 dan Anugerah Juara Lagu 20 ini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Album Petikan Sedekad Hazami ini dipasaran. Anda boleh dapatkan di kedai-kedai CD berdekatan atau boleh juga membuat tempahan di laman web Sony Music.




P/S:
  1. Gambar-gambar yang disiarkan ini juga merupakan antara gambar-gambar yg diselitkan didalam album beliau..
  2. Terdapat juga koleksi gambar-gambar peminat Hazami yg diletakkan didalam album tersebut. Dan gambar-gambar tersebut telah diambil secara rawak dari mereka yang menjadi peminat Hazami di Facebook.

Sunday, September 5, 2010

Saturday, August 21, 2010

Tips: Bagaimana untuk membaiki cara nyanyian anda?

Salam..

Mungkin ramai yang ingin mengetahui cara terbaik untuk baiki kelemahan cara nyanyian mereka. Pada pendapat saya, melalui rakaman suara sendiri, anda mampu untuk menilai dan mengesan kelemahan anda. Dan dari situ, anda perlu berusaha untuk mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi kelemahan tersebut.

Oleh sebab itu, saya banyak menghasilkan rakaman suara saya. Dan jika dibandingkan cara nyanyian saya pada tahun lalu, saya dapat mengesan sedikit perubahan yang lebih baik. Mungkin belum cukup sempurna, namun dengan cara yang betul, ia akan mempercepatkan proses pembelajaran tersebut.

Adalah lebih baik anda menkritik kelemahan diri anda dari mendengar kritikan yang amat pedih dari mereka diluar yang mungkin jauh lebih professional dari anda. Mari kita sama-sama belajar melalui kesilapan dan percubaan..



[Sumber: EricArceneaux]

Thursday, August 19, 2010

Tips: Menyanyi nada-nada tinggi



[Sumber: SingingSuccess]

Teknik : Melisma

Salam..

Melisma, adalah satu kumpulan nota atau nada dinyanyikan pada satu suku kata dalam lagu. Sebagai contoh, lihat video ini..



Berdasarkan video tersebut, dalam sebutan suku kata, “Maaa..”, terdapat banyak nada-nada turun naik yang digunakan oleh penyanyi itu. Jadi, kumpulan nada turun naik itu dipanggil Melisma.

[Sumber: Wikipedia & eribatera]

Sunday, August 15, 2010

Sunday, August 8, 2010

Promote: Blog Petikan Sedekad Hazami

Salam..

Sempena pelancaran album baru Hazami iaitu "Petikan Sedekad Hazami" yg akan berlangsung pd 12 Oktober 2010, jim dah siapkan blog Hazami beralamat di http://petikansedekadhazami.blogspot.com/


Jadi, kepada para peminat Hazami, teruskan menyokong beliau! Dapatkan album beliau yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi..

Sunday, July 25, 2010

Un-Break My Heart



Don't leave me in all this pain
Don't leave me out in the rain
Come back and bring back my smile
Come and take these tears away
I need your arms to hold me now
The nights are so unkind
Bring back those nights when I held you beside me

Un-break my heart
Say you'll love me again
Undo this hurt you caused
When you walked out the door
And walked out of my life
Un-cry these tears
I cried so many nights
Un-break my heart
My heart

Take back that sad word good-bye
Bring back the joy to my life
Don't leave me here with these tears
Come and kiss this pain away
I can't forget the day you left
Time is so unkind
And life is so cruel without you here beside me

Un-break my heart
Say you'll love me again
Undo this hurt you caused
When you walked out the door
And walked out of my life
Un-cry these tears
I cried so many nights
Un-break my heart

Don't leave me in all this pain
Don't leave me out in the rain
Bring back the nights when I held you beside me

Un-break my heart
Say you'll love me again
Undo this hurt you caused
When you walked out the door
And walked out of my life
Un-cry these tears
I cried so many, many nights
Un-break my

Un-break my heart oh baby
Come back and say you love me
Un-break my heart
Sweet darlin'
Without you I just can't go on
Can't go on....

Saturday, July 24, 2010

Tutorial: Recording with Audacity!

Salam..

Kali ni jim nk ajar anda cara utk wat rakaman menggunakan Audacity 3.05.

Step 1:
Download dulu software Audacity dr internet. Ni link die (KLIK) . Pas download, ape lagi? INSTALL ler..hihihi..

Then, download plak Wavepad Sound Editor 3.05. ni link die (KLIK)

Kemudian beli mic utk kegunaan laptop or computer. Jgn beli mic karaoke utk home theater plak.

Then, make sure minusone anda dlm format MP3.. Sbb audacity TIDAK BOLEH baca dlm format WMV or dr CD Karaoke. Cara utk tukar format tu,pepandai lah yer.. Bleh refer to tutorial sblum ni utk download minus one dr Youtube. (Here)

Step 2:
Open ur Audacity software.
Look like this..

Then, p bhgian FILE, then OPEN and select ur minus one..

Look like this..

Step 3:
Pasang ur mic and adjust volume mic kt bhgian sudut atas belah kanan. Adjust ikut keselesaan supaya time rakam nnt, xde bunyi pecah2..

Kemudian, kowg leh r start play n practice dulu sblum nk start rakam. Just tekan je symbol play tu. Then, lepas dh ready nk wat rakaman, kite p ke next stage utk wat recording plak..

Step 4:
Bile dh ready, just tekan butang merah tu & start r recording. Nyanyi dgn baik & cuba kawal jarak mic dr mulut utk elakkan bunyi pecah2 pas siap rakam nnt.

Bile kowg tekan je butang merah (RECORD) tu, automatic akan kluar dua line garis2 tu mcm ni..


Line tu adelah bunyi yg terakam dr mic. So, klu kuat sgt kowg menyanyi, line tu akan jd tggi & padat. So, bile kowg play utk dgr blk nnt, bunyi yg terhasil akan jd pecah mcm speaker tu dh xleh nk tampung kekuatan volume tu. Klu garis2 tu terlalu rendah plak, sound yg terakam adelah terlalu perlahan. Jd, cabaran paling utama time wat recording ni adelah nk kawal jarak mic & volume suara agar tidak terlalu kuat atau terlalu perlahan. Kesabaran & kesungguhan akan menghasilkn rakaman yg bermutu..

Step 5:
Pas abis rakam suara, just tekan butang STOP. Bru r rakaman dr mic tu akan berhenti. Kemudian, just tekan button PLAY utk mendengar semula rakaman anda.

Jika masih tidak berpuas hati, just tekan button “X” dlm pic ni dan ia akan memadam rakaman suara anda. Pastu, start r wat recording blk..


Jika anda prasan, rakaman suara yg terhasil tu agak kosong tanpa bunyi echo. Jd, pas siap wat rakaman,kite akan teruskan dgn proses editing (meletakkan ECHO atau GEMA) pd rakaman suara kita tu. Tp tutorial editing, jim akan wat pd next entry..

For ur information, rakaman suara tu terasing dr muzik, jd pas siap editing nnt, bru jim ajar cara utk combine rakaman suara & muzik. So, tutorial ni blum abis lg sbb sblum nk save rakaman ni, kite kene edit dulu.

Wat rakaman ni agak menguji kesabaran. Dan itu adelah perkara pling mencabar utk jim bile wat rakaman suara ni. Yelah, kite wat pun secara sendiri & bukan mengharap pd equipment lengkap & tenaga professional. So, klu ade kesungguhan, I’m sure anda sumer leh lakukan jgk. Just make sure, “Practice Makes Perfect!”.. So, teruskan berlatih..

[Sumber: dukelucedellamore.blogspot.com]

Thursday, July 22, 2010

Tutorial: Download Minusone dr Youtube

Salam..

Step 1:
Anda perlu cari minusone lagu2 yg anda minat kt dlm Youtube. Just kene ingat, TAK SEMUA lagu yg and mahu itu ade dlm youtube.. So, kire bertuah r klu ade, klu tak, pepandai ler cari sources lain utk download minusone..


Step 2:
Copy URL video tu dan kemudian p ke www.mediaconverter.org
Kat situ, anda pilih “enter a link”..

Step 3:
Kemudian paste URL td dan klik OK.
Then, klik pada “go to the next step”

Step 4:
Kemudian, pilih format MP3 supaya Video td akan di “convert” menjadi format MP3.
Then tekan OK & START..


Tggu sehingga video tu selesai ditukar format dlm masa few seconds or minutes. (Bergantung pd kelajuan server internet anda..)

Step 5:
Setelah selesai, just tekan "DOWNLOAD".


So, slesai r cara utk download minusone dr Youtube. Next entry, jim akan ajar cara utk gunakan software rakaman suara yg jim gunakan iaitu AUDACITY 1.3 Beta.

Gudluck guys!

P/S: Klu pic tu xjelas, klik pada pic tu utk PUMBESARAN..hehehe..

[Sumber: dukelucedellamore.blogspot.com]

Wednesday, July 21, 2010

Tips: Pernafasan Dalam Nyanyian

Salam..

Penting untuk menyedari bahawa pernafasan yang betul adalah persediaan asas untuk menyanyi dengan bagus. Penyanyi yang bagus mampu mengawal sepenuhnya pernafasan mereka ketika membuat persembahan.

Penyanyi perlu belajar bagaimana untuk mengetahui tentang pernafasan mereka pada setiap masa kerana ia memberi kesan kepada nada dan kualiti suara mereka, kemampuan untuk mencapai julat pic yang diperlukan dan kemahiran mengawal not untuk tempoh masa yang lama.

Seluruh pernafasan sama ada secara sedar atau tidak sedar adalah dilakukan menerusi diafragma. Udara tidak boleh bergerak melalui paru-paru tanpa bantuan dari diafragma. Otot berbentuk-kubah ini terletak melintang bahagian bawah tulang selangka dan untuk menggunakannya, perlu mengisi dinding abdomen dengan udara. Apabila kita tidak menggunakan otot ini dengan keupayaan sepenuhnya, ia menghalang suara daripada menghasilkan gelembung yang perlu untuk menghasilkan resonan yang sewajarnya.

Sekiranya anda terus menyanyi tanpa keupayaan paru-paru yang sewajarnya, ia boleh menyebabkan nyanyian anda tersasar dari nada, membataskan julat suara anda dan merosakkan pita suara anda.

Penafasan yang betul daripada diafragma memerlukan latihan sehingga ia menjadi tabiat. Dengan cara pernafasan begini, anda bukan sahaja akan cemerlang dalam kebolehan menyanyi, anda juga akan mengekalkan kesihatan anda sendiri. Pernafasan yang betul membantu untuk menghapuskan karbon dioksida dari tubuh kita dan mengambil oksigen secukupnya memberi faedah kepada keseluruhan organ dalaman.

Anda perlu belajar untuk menarik nafas dan menggunakan paru-paru dengan keupayaan sepenuhnya dan juga mengetahui bagaimana untuk mengambil nafas yang bagus dengan cepat dan anda mesti mengekalkan kawalan terhadap berapa dengan cepat udara dihembus keluar.

Anda boleh mula belajar teknik pernafasan yang betul dengan mengamalkan senaman mudah ini:

Mulakan dengan berbaring di atas belakang anda dan meletakkan sebuah buku besar di bahagian tengah abdomen anda. Kemudian anda amik nafas dalam-dalam dan jika dilakukan dengan betul, anda sepatutnya melihat buku tersebut naik. Tahan untuk tiga saat sebelum dilepaskan. Kemudiannya dihembus keluar dengan perlahan-lahan, perhatikan yang buku turun mengikut abdomen anda.

Amalkan senaman ini setiap hari sehingga stail pernafasan ini menjadi sifat semula jadi dan anda akan menjadi lebih bagus di dalam cara pernafasan yang betul dan menghasilkan nyanyian yang hebat.

[Sumber: Zarul Umbrella]

Teknik: Voice Training (Riffs, Runs, & Control - Part 2)

Salam..

Voice Training: "Riffs, Runs, & Control - Part 2"



[Sumber: EricArceneaux]

Teknik: Voice Training (Riffs, Runs, & Control - Part 1)

Salam..

Voice Training: "Riffs, Runs, & Control - Part 1"



[Sumber: EricArceneaux]

Mungkir Bahagia

Salam..



Komen dan kritikan membina adalah amat digalakkan dan dihargai.. Mari kita sama-sama belajar & baiki kelemahan yg lalu..

Tuesday, July 20, 2010

Tips : Menghilangkan Rasa Gemuruh Semasa Menyanyi

Salam..

Tentu ramai diantara kita mengalami masalah ini apabila berdepan dengan audience lebih-lebih lagi bila disiarkan Live! Melalui televisyen, malah ada jugak diantara kita yang agak nervous walaupun hanya menyanyi didepan kaum keluarga.

Tahap gemuruh setiap orang berbeza,tapi cara nak mengatasinya adalah senang jer... Ikut pengalaman saya,saya akan jadikan stage tu macam bilik saya dan tak ada sesiapapun di hadapan saya(dengan suluhan lampu yang terang.. memang saya tak nampak audience pun) dan apabila muzik jalan jer that's it!! Segala nervous saya hilang...

Bagaimana tetiba jer boleh hilang? Cuba bayangkan anda seorang diri dalam bilik sunyi sepi dan anda gemuruh dan perasaan gemuruh anda itu tadi sentiasa menghantui anda,tapi bila anda berada dikawasan yang ramai orang secara otomatik keriuhan dan suasana bising tadi akan menluputkan ingatan anda kepada perasaan gemuruh anda.

Jadi kesimpulan disini adalah biarkan diri anda dihanyutkan dalam irama muzik dan melodi yang akan anda sampaikan nanti,Insyaallah anda akan enjoy dalam setiap persembahan anda.

Lain-lain tip, anda boleh cuba minum teh camomile sebelum memulakan persembahan kerana teh cammomile ini memang terkenal dengan aroma teh yang menenangkan minda.

Anda juga boleh melakukan benda-benda atau perkara yang boleh menenangkan anda, saya ambil contoh penyanyi Mariah Carey,beliau memastikan anjingnya dibawa setiap kali sebelum dia memulakan persembahan,kerana dia akan bermain dengan anjingnya terlebih dahulu bagi menghilangkan gemuruh, manakala penyanyi dari kumpulan Pink Floyd pula akan menggosok bajunya bagi menghilangkan gemuruhnya.. Pelik bukan!Mungkin anda ada cara anda tersendiri..cuba tanya diri anda,bagaimana pula agaknya?? Selamat Mencuba!

[Sumber: Abg Zarul Umbrella]