Followers


Thursday, November 25, 2010

Lirik: Seandainya (Sani)

Sani

Pertama kali aku melihatmu
Ternyata hatiku rasakan sesuatu
Di saat hampa melanda diriku
Kau sentiasa ada di sisiku ini

Kasih… apakah ertinya
Bila kau tak jadi kekasih
Andainya aku yang kau cintai
Pasti naluri cinta terpatri untukmu

Andainya ku bisa mendampingmu
Pasti dunia ini bercahaya bersamamu…
Hu… hu…
Ooo… ooo.. Yeah…

Kasih… apakah ertinya
Bila kau tak jadi kekasih
Andainya aku yang kau cintai
Pasti naluri cinta terpatri untukmu

Andainya ku bisa mendampingmu
Pasti dunia ini bercahaya…
Ooh.. Ooh..
Bercahaya… bersamamu…
Bersamamu…


(Cover Version By Azim)

Saturday, November 20, 2010

Lirik: Andai Bisa Kau Rasa (Hazami)

Dulu tiada terlihat
Ku sangka indah cuma
Kata manis ku agungkan
Keikhlasan cuma bebanan

Hati telah dikaburi
Yang mana kaca permata
Hanya dia yang tahu
Tangisan disebalik senyuman

Bridge:
Rahmatilah setiap langkahku
Agar selalu
Dekat padamu

Chorus:
Andai bisa kau rasa
Duka ku tampung dugaan
Segala yang terdaya
Demi impian
Aku teruskan
Diring doa

Walau dibisik ragu
Biar apa pun menghalang
Ku akan setia melagu
Ku tetap kan merawat rindumu

(ikrar)
Datanglah jati sakti
Kuatkan jiwaku ‘tuk berdiri
Mengharung segala
Ranjau berduri anak seni

Photobucket

Saturday, November 13, 2010

Petikan Sedekad Hazami - Hadiah Buat Peminat Beliau..

Photobucket

Buat peminat-peminat HAZAMI yang sering memberikan sokongan dan menantikan perkembangan terbaru dari beliau, inilah peluang anda untuk mendapatkan album terbaru dari beliau yang berjudul Petikan Sedekad Hazami. Album yang baru saja memasuki pasaran pada 8 November 2010 lalu, mengandungi 13 buah track yang merupakan koleksi lagu-lagu terbaik Hazami sejak awal penglibatan beliau dalam industri muzik tanah air. Lagu-lagu tersebut telah diolah semula dengan susunan muzik yang lebih segar & menenangkan menggunakan “instrument” seperti violin, cello dan contrabass serta gabungan suara latar dari Hazami sendiri yang menghasilkan impak yang cukup hebat dan tersendiri.


Selain itu, kelainan yang ditampilkan dalam album ini juga adalah apabila Hazami turut menyertakan 2 buah track istimewa lagu beliau di dalam bentuk Koir Akapella. 2 buah lagu yang dinyanyikan secara koir tersebut ialah Kata Cinta Madah Dusta 2010 (Choir) dan Tekad 2010 (Choir). Disamping itu, turut disertakan juga di dalam album tersebut ialah 5 buah minus one dalam susunan muzik yang baru tersebut sebagai hadiah buat peminat beliau.




Hazami bukan sahaja terkenal sebagai penyanyi yang mempunyai mutu vokal yang hebat, beliau turut dikenali sebagai komposer dan penulis lirik yg disegani. Maka, tidak hairanlah apabila kebanyakkan lagu didalam album ini merupakan ciptaan beliau sendiri. Disamping itu juga, dari 13 buah track yang terdapat di dalam album tersebut, terselit juga sebuah lagu baru ciptaan sepenuhnya oleh Hazami yang berjudul Andai Bisa Ku Rasa. Ia sebuah lagu balada yang dicipta mengikut identiti muzik Hazami dan mampu membuai perasaan para pendengar.


Track yg terdapat di dalam album Petikan Sedekad Hazami ini adalah:

  • Tekad2010
  • Tabah2010
  • Ku cinta padamu2010
  • Mungkir bahagia2010
  • Kata cinta madah dusta2010
  • Andai bisa kau rasa(a new song),
  • Kata cinta madah dusta2010 choir version
  • Tekad2010 choir a cappella version
  • Tekad2010 minus one
  • Tabah2010 minus one
  • Ku cinta padamu2010 minus one
  • Mungkir bahagia2010 minus one
  • Kata cinta madah dusta2010 minus one


Buah tangan terbaru dari penyanyi, produser, komposer dan penulis lirik yang hebat ini juga merupakan sebuah biografi kehidupan beliau sendiri kerana disamping menghidangkan lagu-lagu hebat dari beliau, album ini turut disertakan dengan booklet yang mengandungi lakaran kisah kehidupan Hazami dan cerita disebalik terciptanya setiap lagu-lagu di dalam album tersebut. Melalui puisi-puisi yang dilakarkan di dalam booklet tersebut, secara tidak langsung, ia turut mengajak pendengar untuk merasai saat bahagia & duka yang pernah dilalui oleh penyanyi hebat tanah air ini.


Secara jujurnya, saya amat tersentuh saat mendengar lagu Tekad 2010 & Ku Cinta Padamu 2010 sambil membaca puisi puitis karya Hazami sendiri di dalam booklet tersebut. Dan secara tidak langsung, saya dapat mengenali dan mengetahui serba sedikit kisah disebalik penciptaan lagu-lagu tersebut dan kaitannya dalam kehidupan yang dilalui oleh Hazami sendiri. Dan oleh sebab itu, ia menjadi sumber inspirasi untuk saya terus kuat dalam meneruskan perjuangan hidup agar tidak mudah mengalah ketika menghadapi sebarang rintangan dan dugaan.


Jadi, buat peminat-peminat pemenang Anugerah Vokal Lelaki Terbaik AIM 17 dan Anugerah Juara Lagu 20 ini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Album Petikan Sedekad Hazami ini dipasaran. Anda boleh dapatkan di kedai-kedai CD berdekatan atau boleh juga membuat tempahan di laman web Sony Music.




P/S:
  1. Gambar-gambar yang disiarkan ini juga merupakan antara gambar-gambar yg diselitkan didalam album beliau..
  2. Terdapat juga koleksi gambar-gambar peminat Hazami yg diletakkan didalam album tersebut. Dan gambar-gambar tersebut telah diambil secara rawak dari mereka yang menjadi peminat Hazami di Facebook.