Followers


Saturday, August 21, 2010

Tips: Bagaimana untuk membaiki cara nyanyian anda?

Salam..

Mungkin ramai yang ingin mengetahui cara terbaik untuk baiki kelemahan cara nyanyian mereka. Pada pendapat saya, melalui rakaman suara sendiri, anda mampu untuk menilai dan mengesan kelemahan anda. Dan dari situ, anda perlu berusaha untuk mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi kelemahan tersebut.

Oleh sebab itu, saya banyak menghasilkan rakaman suara saya. Dan jika dibandingkan cara nyanyian saya pada tahun lalu, saya dapat mengesan sedikit perubahan yang lebih baik. Mungkin belum cukup sempurna, namun dengan cara yang betul, ia akan mempercepatkan proses pembelajaran tersebut.

Adalah lebih baik anda menkritik kelemahan diri anda dari mendengar kritikan yang amat pedih dari mereka diluar yang mungkin jauh lebih professional dari anda. Mari kita sama-sama belajar melalui kesilapan dan percubaan..



[Sumber: EricArceneaux]

Thursday, August 19, 2010

Tips: Menyanyi nada-nada tinggi



[Sumber: SingingSuccess]

Teknik : Melisma

Salam..

Melisma, adalah satu kumpulan nota atau nada dinyanyikan pada satu suku kata dalam lagu. Sebagai contoh, lihat video ini..



Berdasarkan video tersebut, dalam sebutan suku kata, “Maaa..”, terdapat banyak nada-nada turun naik yang digunakan oleh penyanyi itu. Jadi, kumpulan nada turun naik itu dipanggil Melisma.

[Sumber: Wikipedia & eribatera]

Sunday, August 15, 2010

Sunday, August 8, 2010

Promote: Blog Petikan Sedekad Hazami

Salam..

Sempena pelancaran album baru Hazami iaitu "Petikan Sedekad Hazami" yg akan berlangsung pd 12 Oktober 2010, jim dah siapkan blog Hazami beralamat di http://petikansedekadhazami.blogspot.com/


Jadi, kepada para peminat Hazami, teruskan menyokong beliau! Dapatkan album beliau yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi..